Friday, 12 October 2018

Cuckoo Air Purifier Review

Assalamualaikum semua...haluuuu...

Yeayyy, akhirnya dapat juga aku sekeluarga miliki sebiji penapis udara sendiri kat rumah... huhu..ni sajala nak share something yang mungkin bermanfaat untuk korang..


Actually sebelum ni aku takdela concern sangat nak beli air purifier ni.. sebab mcm bkn keperluan kan...takde keperluan mendesak pun nak beli benda ni.

Sampailah satu hari, aku pergi rumah kawan aku yang ada bela kucing, ada letak benda alah ni kt rumah dia... dia pakai air purifier jenama Cuckoo. Aku tengok style jugakla... ada lampu2 indicator, ada suara navigator.. aku sajela tanya ok tak benda tu... dia kata ok sangat..sebab sebelum ni rumah dia mcm ada bau (ok,aku boleh agak bau ni, antara sebab jgk aku tak bela kucing. hehehe), dan bulu kucing jgn ckplah...mmg merata2 kt dlm rumah... tp lepas pakai air purifier tu, beza sgt...dia kata bau mmg dah takde..bulu kucing pn aku tak nampak kat dlm rmh dia. 

Lepas dari rumah dia tu, aku try la gugel2 psl penapis udara. Tapi bukan sebab aku nak bela kucing. Sebenarnya, aku laki bini mmg ada masalah resdung. Pantang rumah berhabuk sikit, mmg hidung, mata, tekak semua gatal sampai merah dan berair. Kadang tu sampai luka tau asyik tenyeh hidung dengan mata tu. Level resdung ktorg ni agak teruk jugakla.. kalau bab kena kemas rak buku yang berhabuk, jgnla bg kat aku kerja tu, confirmmmm jadik.

Ok, berbalik pada penapis udara tadi, lepas buat perbandingan melalui internet dan survey kat kiosk2 penapis udara yg aku jumpa, aku pun bercadang untuk amek air purifier dari jenama Cuckoo.  Kenapa? First, of course la sebab harga. Hehehe... main concern aku memang harga yang paling utama, diikuti yang lain-lain.

Air Purifier yg aku amek tu C-Model, aku sempat beli harga Goood Plan tempoh 7 tahun hari tu. So bulanan dia RM56.60 sebulan. Affordable la utk aku. Sekarang dah takde rasanya 7 tahun, maksimum dah jd 5 tahun je. Tp bulanan dia dalam RM75.47 sebulan untuk tempoh 5 tahun. Still ok what???
Aku tau pelan 7 tahun tu dah takde sebab time aku tanya2 wakil penjual kt Kiosk, dia kata bulan tu adalah bulan last untuk harga RM56.60 sebulan tu. Pasal tula aku grab cepat2. Hehehe. Aku ada survey gak brand lain, tapi next plg murah yg aku survey ialah dalam RM90 sebulan. So aku pilihla Cuckoo.

Lagi satu sebab aku pilih Cuckoo ni, sebab even dia murah, tang kualiti dia tetap jaga, without compromise. Aku ada jugak study sikit2 function air purifier brand lain. Lebihkurang sama je dengan Cuckoo. Mereka pun pakai gak HEPA filter, ada air-cleanliness indicator tu suma. Cuckoo ni, dia ada 7 level filtration system, pastu paling best ada voice navigator, canggih beb..and personally, aku prefer design Cuckoo ni sbb nampak lebih style dari yg lain (untuk range harga yg aku compare tula). Cer korang tengok design dia kt bawah ni, style kan.



Untuk service & warranty, bergantung pada tempoh pelan yang diambil. Macam aku, amek pelan 7 tahun. So, service & warranty air purifier tu percuma la untuk selama 7 tahun tu. Tak payah fikir keluar duit untuk service, every 4 months dorg yg akan dtg ke rumah untuk service. Bg aku, memang peace of mind enough.


Ok, pekara kat atas tu basic review la, korang pun boleh buat perbandingan sendiri kan. Cuma skarang aku nak share pulak, apa perbezaan yg ketara selepas ktorang guna air purifier Cuckoo ni kat rumah.


First, 
Surprisingly, resdung ktorg mmg berkurang. Kalau sebelum ni, pantang berhabuk sikit dah garu2 hidung, mata dua2 org ni. Sekarang syukur, resdung mmg berkurang. Dan yg paling ketara kan, kalau time aku masak. Aku perasan sebelum2 ni asal lepas aku habis masak, bau masakan tu akan still tinggal memenuhi seluruh rumah sampai ruang tamu, especially bila masak masakan yang berbau macam ikan masin, belacan dan sebagainya. Tapi sekarang dah takde bau2an tu tinggal kt ruang tamu. Dan aku pun terfikir, kalau dlm rumah korg ada yang merokok, better guna la air purifier utk purify udara kt dlm rumah, untuk kesihatan penghuni kt rumah kan, lebih2 lagi yg ada bayi atau budak kecil. Dorang kan lebih sensitif dengan bakteria, virus, dan sebagainya.


Secondly,
Mula2 beli, aku teragak2 nak on benda ni selalu. Aku assume dia ni mcm aircond. Hahaha. Yela, naya je kalo hujung bulan bil melambung kan. Tapi aku tanya pd ejen tempat aku beli tu, dia kata Cuckoo air purifier ni ada energy saving capability. Katanyer lah. Tp aku test la on setiap kali aku ada kt rumah. Aku ni surirumah, so of course la kebanyakan masa kt rumah kan. Kalau aku beli, tapi tak on, apalah gunanya kan. Tak serve the purpose la. So aku on je 24 jam kalo aku ada kt rumah. Dan hujung bulan 9 haritu, bila bil dah datang, fuhhh... nasib baikkkkk....memang tak jauh pun beza dengan bil sebelum2 ni..


So...ini jela sedikit sebanyak yg aku boleh share ye. 
Kalau korang nak tau lebih lagi, korang boleh pegi tengok kat website ni 

Aku beli dari situ la haritu. Sebab dorang ada offer free gift yang best. Aku dpt set periuk haritu. Pegila cuba. Why not kannn?? 


1 comment:

  1. lepas ni boleh upgrade Cuckoo humidifier pulak kak. hehe.

    http://cuckoo-store.com

    ReplyDelete

Cuckoo Air Purifier Review

Assalamualaikum semua...haluuuu... Yeayyy, akhirnya dapat juga aku sekeluarga miliki sebiji penapis udara sendiri kat rumah... huhu..n...